Monday, April 21, 2008

My PiCtUrE



InI lAr SAyEr :
AiNaA MaRdHiAh BiNtI hAsBuLlAh
2AA
sEkOlAh MeNeNgAh KeBaNgSaAn DaTuK hAjI aHmAd BaDawI

SaIdInA OtHmaN bIn AfFaN

AjArAn DaN KePeRcAyAaN

kepercayaan kepada tuhan dan malaikat
Nabi dan rasul
Kitab
Hari akhirat
Dua kalimah syahadah
Solat
Puasa
Mengerjakan haji
Menunaikan zakat fitrah

ToKoH-tOkOh IsLaM



Nabi Muhammad S.AW
Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Saidina Omar
Saidina Othman
Saidina Ali sahabat nabi
Imam·
Imam
Imam Mahdi·
Tokoh Islam
Kitab & kepercayaan....
al-Quran
Hadith
Surah mazhab
Syariah
Golongan islam.....
Sunah
Syiah

SufiKota Suci IslamMakkah · Madinah · BaitulmuqaddisAspek-Aspek SosialKota Islam · Seni binaSains · Tamadun IslamKesenian · Takwim Hijrah · Khilafah · Politik Islam · JihadLihat JugaRencana mengenai IslamUthman bin Affan (Arab: عثمان بن عفان) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam mengenai cara bacaan Al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan Al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar keseluruh pusat jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain.

PoLa PetEmPAtAn DI maLaYsIa

POLA PETEMPATAN DI MALAYSIA


Petempatan berpusat Rumah bangunan yang tersusun rapat.Biasa terdapat di simpang jalan raya, jalan keretapi, pelabuhan, pusat perniagaan dan perdagangan.

Petempatan berpusat terdapat di pekan, bandar dan bandaraya seperti Kajang, Goerge Town, dan Kuala Lumpur.

Petempatan berjajar atau linearRumah dan bangunan tersusun di sepanjang pinggir pantai, tebing sungai, terusan, permatang, jalan raya, atau landasan keretapi.

Contoh di kawasan penanaman padi Dataran Kedah-Perlis.

Petempatan berselerakRumah dan bangunan dibina jauh antara satu sama lain.Petempatan begini biasa terdapat di kawasan pedalaman, luar bandar, dan kebun-kebun kecil.

:::::)LINGKUNGAN PENGARUH:::::::::::)

::::)Kawasan bandar dan luar bandar saling bergantungan.

Penduduk bandar terlibat dalam sektor perindustrian, perniagaan, perdagangan, dan pekhidmatan.

Penduduk luar bandar terlibat dalam sektor pertanian, perlombongan, pembalakan & perikanan.

Penduduk luar bandar membekalkan bahan mentah manakala penduduk bandar menyediakan barangan keperluan harian dan perkilangan.

Bandar besar mempunyai lingkungan pengaruh yang besar mempengaruhi bandar kecil.

-BANDAR-BANDAR UTAMA-

-
Faktor yang mempengaruhi perkembangan bandarLokasi - kedudukan bandar sesuai untuk perkembangan.

Fungsi - bandar itu mempunyai kemudahan yang cukup untuk menampung penduduk yang kian bertambah.

Lingkungan pengaruh bandar - mempunyai kawasan sekitar yang luas dan mempunyai kemudahan yang cukup untuk menyediakan bahan mentah, tenaga dan pasaran.

Jalan perhubungan - memudahkan pergerakan penduduk dan barangan yang dapat meluaskan lingkungan pengaruh.

B. Jenis-jenis Lokasi bandar

Lokasi Contoh bandar Persimpangan jalan raya atau kereta api Kuala Lumpur Gemas Muara atau sungai Kuala Terengganu KuantanPersimpangan sungaiKuala Lumpur Kuala KangsarJambatan sungai Tanjung MalimTemerloh Pangkalan terminal jalan (hujung bukit)Kangar Johor Bahru Kaki bukit Tapah Raub Pelabuhan Pelabuhan Klang

C. Fungsi bandar


1. Sebagai Pusat pentadbiranKuala Lumpur Alor SetarGeorge Town Ipoh Kuala Terengganu Kota Kinabalu Kuantan Shah Alam Seremban MelakaJohor Bahru Kota Bharu Kuching
2. Bandar Pelabuhan Klang MelakaJohor BahruGeorge Town Kuantan Kuching Kota Kinabalu
3. Bandar Perlombongan Bijih Timah :Ipoh Seremban Kuala Lumpur Petroleum :Miri Kerteh Lutong
4. Bandar Pelancongan Melaka Cameron Highlands P. Langkawi P. Pangkor
5. Bandar Pertanian Penanaman Padi :Alor Seta Tanjung Karang Penanaman Getah :Seremban
6. Bandar Perkilangan Bayan Lepas Ipoh PeraiJohor Bahru Kuantan Kuala Lumpur Petaling Jaya Shah Alam Kuching Kota Kinabalu
7. Pusat Pengajian TinggiKuala LumpurBangiGeogge Town


BANDARAYA DAN BANDAR


Kuala LumpurTerletak di pertemuan Sg. Gombak dan Sg. Klang.

Perkembangan bermula sebagai bandar perlombongan bijih timah.Kepentingan dan perkembangannya sebagai :Ibu negara dan pusat pentadbiran Malaysia.

Pusat tumpuan jalan raya, jalan kereta api dan lapangan terbang.Pusat perindustrian - Shah Alam, Petaling Jaya, dan Sg. Way.

Pusat perdagangan dan perniagaan dengan kemudahan pasar besar, pasaran saham, bank, institusi kewangan, dan syarikat insurans.

Pusat pendidikan utama Malaysia - Universiti dan pusat pengajian swasta.Pusat pelancongan - Muzium Negara, Zoo Negara, hotel bertaraf antarabangsa dan pusat beli-belah.

Pusat impot ekspot melalui Pelabuhan KlangJohor BahruTerletak di hujung selatan Semenanjung Malaysia, di pantai Selat Tebrau dan di tebing Sg. Segat.

Kepentingan dan perkembangannya sebagai :


Ibu negeri, pusat pentadbiran negeri dan bandar diraja Johor Darul Takzim.Pusat jalan raya, kereta api dan udara di bahagian selatan Semenanjung.

Mem-punyai lapangan terbang Senai.Pusat pelabuhan impot dan ekspot bagi negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka melalui pelabuhan Pasir Gudang.

Pusat perniagaan, pengumpulan dan pengedaranPusat perindustrian - Larkin, Tampoi dan Senai.George TownTerletak di daerah timur laut Pulau Pinang.

Kepentingan dan perkembangannya sebagai :Ibu negeri dan pusat pentadbiran PPinang.Pusat jalan raya, mempunyai lapangan terbang antara bangsa Bayan Lepas.

Dihubungkan dengan tanah besar Semenanjung melalui feri dan jambatan Pulau Pinang.Pusat pengumpul dan pengedar bahagian utara iaitu Pulau Pinang, Perlis, kedah dan Perak.

Pusat pelabuhan yang mengendaikan ekspot dan impot bahagian utara Semenanjung Malaysia - pelabuhan kedua besar di Malaysia.

Pusat perindustrian - Bayan Lepas dan Mak Mandin.
Pusat pendidikan - USM, Maktab Perguruan dan pusat pengajian swasta.
Pusat pelancongan - pantai indah di Batu Ferringhi, bukit peranginan Bukit Bendera, hotel bertaraf antara bangsa, dan pusat beli-belah.
Pusat perdagangan dan perniagaan dengan kemudahan seperti bank, institusi kewangan, syarikat insurans dan pelabuhan.


Kota KinabaluTerletak di dataran pantai barat Sabah.Kepentingan dan perkembangannya sebagai :Ibu negeri dan pusat pentadbiran Sabah.Pusat jalan raya dan jalan kereta api menghubungkan bandar Kudat, Sandakan, Beaufort, Tawau dan Papar. Mempunyai lapangan terbang antara bangsa.Pusat perindustrian - Likas dan Kepayan.Pusat pelabuhan utama Sabah - mengekspot kayu balak, getah, minyak kelapa sawit dan kuprum.Pusat pengumpul dan pengedar bagi kawasan pedalamannya.Pusat perniagaan dan perdagangan dengan adanya kemudahan bank, institusi kewangan, syarikat insuran, dan pelabuhan.

5. Kuching Terletak di tebing kanan Sungai Sarawak kira-kira 30 km dari pantai Laut China Selatan.Kepentingan dan perkembangannya sebagai :Ibu negeri dan pusat pentadbiran Sarawak.Pusat jalan raya di Sarawak menghubungkan Kuching dengan bandar seperti Sibu, Bintulu, Lubuk Antu, dan Simanggang. Mempunyai lapangan terbang antara bangsa.Pusat pelabuhan utama Sarawak - Pending pelabuhan impot dan ekspot - getah, lada hitam, sagu, dan kayu balak.

Pusat perindustrian - Pending dan Sejingkat.Pusat perniagaan dan perdagangan dengan adanya kemudahan bank, institusi kewangan, syarikat insuran, dan pelabuhan.

Sunday, April 20, 2008

JuMlAh PenDuDuK Di MaLaYsIa

JuMLaH Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu merupakan etnik terbesar di Malaysia. Dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang yang berbudaya Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam.

Dalam kontek Malaysia, istilah bumiputera sering digunakan. Kaum Bumiputera dianggap sebagai kaum asal Malaysia, yang merangkumi pelbagai kaum antaranya kaum Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Kadazan Dusun dan lain-lain lagi.

Berdasarkan kepada Buletin Perangkaan Malaysia (terbitan Jun 2006), jumlah penduduk di Malaysia ialah seramai 26.64 juta orang. 24.8 juta orang merupakan warganegara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta orang merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum Melayu mewakili 54 % dari populasi penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera (selain daripada Melayu) seramai 2.93 juta orang mewakili 11.8 %. Justeru itu kaum Bumiputera mewakili 65.8 % dari jumlah keseluruhan warganegara Malaysia.

Kira kira 25 % daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina iaitu seramai 6.22 juta orang, 7.5% terdiri daripada kaum India dengan seramai 1.86 juta orang, manakala lain-lain kaum pula seramai 1.7 % iaitu seramai 318.9 ribu orang. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil.

Jadual di bawah menunjukkan populasi warganegara Malaysia.NoStatusKaumJumlah (orang)Peratus1BumiputeraMelayu13.48 juta54 %2Bumiputerabukan Melayu2.93 juta11.8 %3Bukan BumiputeraCina6.22 juta25 %4Bukan BumiputeraIndia1.86 juta7.5 %5Bukan BumiputeraLain-lain318.9 ribu1.7 %Jumlah24.8 juta100 %
Lebih separuh populasi
Sarawak dan 66% populasi Sabah terdiri daripada kaum bumiputera bukan Melayu. Mereka terbahagi kepada berpuluh-puluh kumpulan etnik tetapi memiliki budaya umum yang sama. Sehingga abad ke-20, kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan tradisional tetapi kini telah ramai yang sudah bertukar kepada agama Kristian atau memeluk Islam.

Selain itu, Malaysia juga mempunyai penduduk yang berasal daripada Eropah yang dikenali sebagai "Serani" dan Timur Tengah.Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam, dengan hampir 18 juta daripada 26 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia.

TaBuRaN PeNdUdUK

Taburan Penduduk Di MalaysiaJumlah penduduk di Malaysia berdasarkan Banci 2000 ialah 23.27 juta orang.Sejumlah 79.7% orang tinggal di Semenanjung Malaysia, 11.4% tinggal di Sabah, dan 8.9% tinggaText Colorl di Sarawak.Selangor merupakan negeri yang mempunyai penduduk paling ramai (4.19 juta), diikuti oleh Johor (2.74 juta), dan Sabah (2.60 juta).Negeri yang paling sedikit penduduk ialah Perlis (0.20 juta).Taburan penduduk Malaysia adalah tidak sekata dan dapat dibahagikan kepada kawasan padat, sederhana padat, dan jarang.

1. Kawasan Berpenduduk Padat Di MalaysiaKepadatan penduduk melebihi daripada 200 orang sekilometer persegi.
Tumpuan di ibu negeri, pusat perniagaan dan perdagangan, pusat kewangan, dan pusat perindustrian.Bangunan dan rumah dibina rapat-rapat untuk menampung bilangan penduduk yang ramai.
Contoh kawasan:Ibu negeriJohor Bahru, Kuantan, Seremban, Melaka, Kuching, Kota KinabaluPertanianDataran Kedah-Perlis, Dataran Terengganu, Dataran KelantanPerlombonganLembah Kinta, Lembah KlangPerindustrian dan perniagaanLembah Klang, Shah Alam.

2. Kawasan Berpenduduk Sederhana Di MalaysiaKepadatan penduduk antara 50 hingga 200 orang sekilometer persegi.
Tumpuan di kawasan pertanian dan perikanan.
Contoh kawasan:Kawasan tanah rendah dan beralun di pantai barat Semenanjung Malaysia, kawasan Kelantan Utara, Kuala Terengganu.Pantai barat Sabah dan SarawakSepanjang lembah Sungai Rajang dan Sungai KinabatanganKawasan Rancangan Kemajuan TanahBandar-bandar seperti Kerteh, Mersing, Miri, Bintulu, Sandakan.

3. Kawasan Berpenduduk Jarang Di MalaysiaKurang daripada 50 orang sekilometer persegi.
Kawasan tanah tinggi, pedalaman yang berhutan tebal, dan kawasan berpaya.
Contoh kawasan:Kawasan bergunung-ganang dan berhutan tebal di pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah, dan SarawakKawasan berpaya di pantai timur Sabah, Sarawak, dan JohorSekitar Tasik Chini.

Thursday, April 17, 2008

MeMbUaT bLoG

PaDa HaRi SeLaSa 30 MaC 2008 PeLaJaR 2aa BeLaJaR MeMbUaT BlOg DaRiPaDa CiKgU RaShId