Monday, April 21, 2008

PoLa PetEmPAtAn DI maLaYsIa

POLA PETEMPATAN DI MALAYSIA


Petempatan berpusat Rumah bangunan yang tersusun rapat.Biasa terdapat di simpang jalan raya, jalan keretapi, pelabuhan, pusat perniagaan dan perdagangan.

Petempatan berpusat terdapat di pekan, bandar dan bandaraya seperti Kajang, Goerge Town, dan Kuala Lumpur.

Petempatan berjajar atau linearRumah dan bangunan tersusun di sepanjang pinggir pantai, tebing sungai, terusan, permatang, jalan raya, atau landasan keretapi.

Contoh di kawasan penanaman padi Dataran Kedah-Perlis.

Petempatan berselerakRumah dan bangunan dibina jauh antara satu sama lain.Petempatan begini biasa terdapat di kawasan pedalaman, luar bandar, dan kebun-kebun kecil.

:::::)LINGKUNGAN PENGARUH:::::::::::)

::::)Kawasan bandar dan luar bandar saling bergantungan.

Penduduk bandar terlibat dalam sektor perindustrian, perniagaan, perdagangan, dan pekhidmatan.

Penduduk luar bandar terlibat dalam sektor pertanian, perlombongan, pembalakan & perikanan.

Penduduk luar bandar membekalkan bahan mentah manakala penduduk bandar menyediakan barangan keperluan harian dan perkilangan.

Bandar besar mempunyai lingkungan pengaruh yang besar mempengaruhi bandar kecil.

-BANDAR-BANDAR UTAMA-

-
Faktor yang mempengaruhi perkembangan bandarLokasi - kedudukan bandar sesuai untuk perkembangan.

Fungsi - bandar itu mempunyai kemudahan yang cukup untuk menampung penduduk yang kian bertambah.

Lingkungan pengaruh bandar - mempunyai kawasan sekitar yang luas dan mempunyai kemudahan yang cukup untuk menyediakan bahan mentah, tenaga dan pasaran.

Jalan perhubungan - memudahkan pergerakan penduduk dan barangan yang dapat meluaskan lingkungan pengaruh.

B. Jenis-jenis Lokasi bandar

Lokasi Contoh bandar Persimpangan jalan raya atau kereta api Kuala Lumpur Gemas Muara atau sungai Kuala Terengganu KuantanPersimpangan sungaiKuala Lumpur Kuala KangsarJambatan sungai Tanjung MalimTemerloh Pangkalan terminal jalan (hujung bukit)Kangar Johor Bahru Kaki bukit Tapah Raub Pelabuhan Pelabuhan Klang

C. Fungsi bandar


1. Sebagai Pusat pentadbiranKuala Lumpur Alor SetarGeorge Town Ipoh Kuala Terengganu Kota Kinabalu Kuantan Shah Alam Seremban MelakaJohor Bahru Kota Bharu Kuching
2. Bandar Pelabuhan Klang MelakaJohor BahruGeorge Town Kuantan Kuching Kota Kinabalu
3. Bandar Perlombongan Bijih Timah :Ipoh Seremban Kuala Lumpur Petroleum :Miri Kerteh Lutong
4. Bandar Pelancongan Melaka Cameron Highlands P. Langkawi P. Pangkor
5. Bandar Pertanian Penanaman Padi :Alor Seta Tanjung Karang Penanaman Getah :Seremban
6. Bandar Perkilangan Bayan Lepas Ipoh PeraiJohor Bahru Kuantan Kuala Lumpur Petaling Jaya Shah Alam Kuching Kota Kinabalu
7. Pusat Pengajian TinggiKuala LumpurBangiGeogge Town


BANDARAYA DAN BANDAR


Kuala LumpurTerletak di pertemuan Sg. Gombak dan Sg. Klang.

Perkembangan bermula sebagai bandar perlombongan bijih timah.Kepentingan dan perkembangannya sebagai :Ibu negara dan pusat pentadbiran Malaysia.

Pusat tumpuan jalan raya, jalan kereta api dan lapangan terbang.Pusat perindustrian - Shah Alam, Petaling Jaya, dan Sg. Way.

Pusat perdagangan dan perniagaan dengan kemudahan pasar besar, pasaran saham, bank, institusi kewangan, dan syarikat insurans.

Pusat pendidikan utama Malaysia - Universiti dan pusat pengajian swasta.Pusat pelancongan - Muzium Negara, Zoo Negara, hotel bertaraf antarabangsa dan pusat beli-belah.

Pusat impot ekspot melalui Pelabuhan KlangJohor BahruTerletak di hujung selatan Semenanjung Malaysia, di pantai Selat Tebrau dan di tebing Sg. Segat.

Kepentingan dan perkembangannya sebagai :


Ibu negeri, pusat pentadbiran negeri dan bandar diraja Johor Darul Takzim.Pusat jalan raya, kereta api dan udara di bahagian selatan Semenanjung.

Mem-punyai lapangan terbang Senai.Pusat pelabuhan impot dan ekspot bagi negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka melalui pelabuhan Pasir Gudang.

Pusat perniagaan, pengumpulan dan pengedaranPusat perindustrian - Larkin, Tampoi dan Senai.George TownTerletak di daerah timur laut Pulau Pinang.

Kepentingan dan perkembangannya sebagai :Ibu negeri dan pusat pentadbiran PPinang.Pusat jalan raya, mempunyai lapangan terbang antara bangsa Bayan Lepas.

Dihubungkan dengan tanah besar Semenanjung melalui feri dan jambatan Pulau Pinang.Pusat pengumpul dan pengedar bahagian utara iaitu Pulau Pinang, Perlis, kedah dan Perak.

Pusat pelabuhan yang mengendaikan ekspot dan impot bahagian utara Semenanjung Malaysia - pelabuhan kedua besar di Malaysia.

Pusat perindustrian - Bayan Lepas dan Mak Mandin.
Pusat pendidikan - USM, Maktab Perguruan dan pusat pengajian swasta.
Pusat pelancongan - pantai indah di Batu Ferringhi, bukit peranginan Bukit Bendera, hotel bertaraf antara bangsa, dan pusat beli-belah.
Pusat perdagangan dan perniagaan dengan kemudahan seperti bank, institusi kewangan, syarikat insurans dan pelabuhan.


Kota KinabaluTerletak di dataran pantai barat Sabah.Kepentingan dan perkembangannya sebagai :Ibu negeri dan pusat pentadbiran Sabah.Pusat jalan raya dan jalan kereta api menghubungkan bandar Kudat, Sandakan, Beaufort, Tawau dan Papar. Mempunyai lapangan terbang antara bangsa.Pusat perindustrian - Likas dan Kepayan.Pusat pelabuhan utama Sabah - mengekspot kayu balak, getah, minyak kelapa sawit dan kuprum.Pusat pengumpul dan pengedar bagi kawasan pedalamannya.Pusat perniagaan dan perdagangan dengan adanya kemudahan bank, institusi kewangan, syarikat insuran, dan pelabuhan.

5. Kuching Terletak di tebing kanan Sungai Sarawak kira-kira 30 km dari pantai Laut China Selatan.Kepentingan dan perkembangannya sebagai :Ibu negeri dan pusat pentadbiran Sarawak.Pusat jalan raya di Sarawak menghubungkan Kuching dengan bandar seperti Sibu, Bintulu, Lubuk Antu, dan Simanggang. Mempunyai lapangan terbang antara bangsa.Pusat pelabuhan utama Sarawak - Pending pelabuhan impot dan ekspot - getah, lada hitam, sagu, dan kayu balak.

Pusat perindustrian - Pending dan Sejingkat.Pusat perniagaan dan perdagangan dengan adanya kemudahan bank, institusi kewangan, syarikat insuran, dan pelabuhan.

No comments: